Friday, August 15, 2008

Lawatan Kerja Pegawai JKR. Sepang ke SK. Desa Putra.


15 Ogos 2008. Permohonan untuk membuat pemasangan "zebra line, " cermin cembong" dan "speed-bar" di hadapan kawasan sekolah telah mendapat perhatian daripada JKR. Sepang. Tadi pada pukul 11.00 pagi, 2 orang kakitangan JKR. Sepang iaitu En. Mohd. Azhari b. Mohd. Said dan En. Badarudin datang melawat dan berbincang keperluan pihak sekolah dalam menangani laluan masuk ke kawasan sekolah. Dalam mesyuarat AJK. PIBG, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah memikirkan keselamatan pelajar-pelajar apabila keluar masuk dari kawasan sekolah. Memandangkan laluan masuk ke sekolah terlalu sibuk dengan kereta-kereta maka pihak PIBG bersetuju untuk memohon daripada JKR Sepang untuk membuat "zebra line", "cermin cembong" dan "speed-bar" . Menurut En. Mohd. Azhari , perkara ini mendapat perhatian sepenuhnya dari pihak JKR. Sepang dan mereka akan memasangnya seberapa segera yang boleh tetapi ianya bergantung kepada budget yang ada. Alhamdulillah diharapkan permohonan dari pihak PIBG mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Keselamatan pelajar-pelajar diutamakan dalam perkara sebegini. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku seperti kata pepatah 'sudah terantuk baru tergadah'.