Friday, July 18, 2008

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-30
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA, SUNGAI MERAB, 43000 KAJANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH : 16 FEBRUARI 2008 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK DESA PUTRA

Agenda

1. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG

1.1 Yang Di-Pertua Mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan kurnianya, ahli PIBG dapat bermesyuarat bagi kali yang ke-30 ini.

1.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari semua ahli supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

1.3 Beliau menerangkan perjalanan mesyuarat bagi kali ini.


2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 Yang Di-Pertua membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-29.

2.2 Pengesahan minit mesyuarat

2.2.1 En. Jamalullail b. Hamzah mencadangkan minit mesyuarat disahkan.

2.2.2 En. Mohammed Nor b. Ihwan menyokong pengesahan tersebut.


3. Perkara Berbangkit


3.1 En. Ahmad b. Murad memohon supaya AJK menjelaskan perkara 7 dalam minit Mesyuarat Agung PIBG ke-29.

3.1.1 Yang Di-Pertua memberi respon di mana terdapat kesilapan di dalam aturan nombor

3.1.2 Yang Di-Pertua turut memaklumkan, terdapat pindaan pada perkara 7.1.4 iaitu En. Jemali b. Marsidi telah menyokong ketiga-tiga cadangan usul yang dibawa oleh Tn. Hj. Mohd Radzi b. Bainan dan ia diterima oleh semua ahli mesyuarat.


4. Membentang Laporan Tahunan PIBG 2007/2008

4.1 Setiausaha, En. Rosli b. Suib membentangkan Laporan Tahunan dan Laporan Aktiviti PIBG bagi sesi 2005/2006.

5. Membentang Penyata Kewangan 2007/2008

5.1 Bendahari, Cik Hjh. Azrienna bt. Zainuddin membentang Penyata Kewangan 2007/2008.

5.2 En. Ahmad b. Murad bertanya mengapa Juruaudit 2 tidak menandatangani laporan kewangan 2007/2008.

5.2.1 Bendahari memberi respon bahawa Juruaudit berhak untuk tidak menandatangani laporan kewangan, tetapi beliau perlu menyerahkan laporan untuk diedarkan kepada ahli mesyuarat. Namun beliau belum lagi menyerahkan laporan tersebut kepada Bendahari.

5.3 Y.M. Engku Nila Putri bt. Tungku Ilham bertanya tentang saguhati Murid Cemerlang tahun 2006 dan 2007 sebanyak RM2800.00 dan RM200.00 tidak selari dengan pendapatan PIBG.

5.3.1 Bendahari memberi respon bahawa wang saguhati sebanyak RM200.00 untuk Pelajar Cemerlang 2005 telah diberi secara tunai kepada murid tersebut kerana beliau telah kehilangan cek yang sepatutnya ditunaikan ada tahun 2006.

5.4 Yang Di-Pertua menjelaskan bahawa beliau baru menerima surat daripada Juruaudit 2, Dr. Mohammad Harun Husaini yang mana beliau tidak dapat hadir kerana sedang bertugas di kolej.

5.4.1 Juruaudit tidak dapat mengesahkan laporan kewangan dan mencadangkan supaya Bendahari membetulkan beberapa kesilapan teknikal berkenaan akaun PIBG.

5.5 Juruaudit 1, En. Mohammed Nor b. Ihwan memberi penjelasan mengapa beliau mengesahkan laporan kewangan dan mencadangkan supaya akaun dari pihak sekolah tidak ditumpangkan lagi ke dalam akaun PIBG.

5.6 En. Mohammad Jamalullail b. Hamzah bertanya bagaimana untuk mengesahkan penyata kewangan yang tidak ditandatangani oleh juruaudit

5.6.1 Yang Di-Pertua memohon cadangan dari ahli mesyuarat samaada, menerima laporan kewangan tersebut atau menangguhkan sehingga ke mesyuarat agung yang akan datang.

5.6.2 En. Rosli b. Suib menyatakan bahawa tugas juruaudit hanya menyemak akaun dan bukan meminda akaun tersebut, Beliau berpendapat bahawa, laporan tersebut boleh disahkan walaupun tidak ditandatangani oleh satu juruaudit.

5.7 En. Roslan b. Aman mencadangkan supaya laporan kewangan PIBG diterima dan telah disokong oleh En. Aminuddin b. M. Salleh. .


6. Pembubaran AJK PIBG 2007/2008

6.1 Yang Di-Pertua PIBG, Tn. Hj. Mohd Radzi b. Bainan membubarkan AJK PIBG 2007/2008 pada jam 9.50 pagi.

7. Perlantikan AJK PIBG SKDP Sesi 2007/2008

7.1 En. Jemali b. Marsidi mencadangkan supaya Tn. Hj. Mohd Radzi b. Bainan dilantik sebagai pengerusi sementara, dan cadangan tersebut disokong oleh En. Mohammad Nor b. Ihwan.

7.2 Pelantikan AJK PIBG sesi 2007/2008 dipengerusikan oleh pengerusi sementara iaitu Tn. Hj. Mohd Radzi b. Bainan.

7.3 Cadangan bagi jawatan Yang Di-Pertua PIBG.

7.3.1 Terdapat 2 cadangan yang telah dikemukakan iaitu

Pencadang
Penyokong
Calon
En. Aminuddin b. M. Salleh
En. Jemali b. Marsidi
Tn. Hj. Ir.Mohd Hatta b. Zakaria
Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b. Zakaria
En. Md. Musa b. Ahmad
En. Jemali b. Marsidi

7.3.2 En. Aminuddin mencadangkan supaya cadangan jawatan Yang Di-Pertua ditutup dan ianya disokong oleh sebulat suara.

7.3.3 En. Jemali b. Marsidi menarik diri sebelum undian dibuat dan ahli mesyuarat menerima sebulat suara bahawa Jawatan Yang Di-Pertua PIBG akan disandang oleh Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b. Zakaria.

7.4 Cadangan bagi jawatan Naib Yang Di-Pertua

7.4.1 Terdapat 2 cadangan yang telah dikemukakan iaitu

Pencadang
Penyokong
Calon
En. Abdul Aziz b. Mohamed
En. Misron b. Kasmin
En. Jemali b. Marsidi
En. Jemali b. Marsidi
En. Zainuddin b. Damin
En. Mohammed Nor b. Ihwan

7.4.2 En. Misron b. Kasmin mencadangkan supaya cadangan jawatan Naib Yang Di-Pertua ditutup dan ianya disokong oleh sebulat suara.

7.4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa seorang ahli hanya boleh membuat sekali undian.

7.4.4 Butiran undian adalah dicatatkan seperti di bawah

Calon
Undian
En. Jemali b. Marsidi
31
En. Mohammed Nor b. Ihwan
15

7.4.5 Jawatan Naib Yang Di-Pertua PIBG akan disandang oleh En. Jemali b. Marsidi.

7.5 Cadangan bagi jawatan wakil Ibu Bapa

7.5.1 Terdapat 7 cadangan dikemukakan iaitu

Pencadang
Penyokong
Calon
Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b. Zakaria
En. Rosli b. Suib
En. Md. Musa b. Ahmad
En. Jemali b. Marsidi
Cik Azrienna bt. Zainuddin
En. Aminuddin b. M. Salleh
En. Mohd. Atrath b. Ali
En. Jemali b. Marsidi
En. Mohammed Nor b. Ihwan
En. Rosli b. Suib
En. Aminuddin b. M. Salleh
En. Mohd. Atrath b. Ali
Tn. Hj. Mohd Radzi b. Bainan
Pn. Nirwani Yusni bt. Mohd. Yusuf
Pn. Na’wiyah bt. Abu
Pn. Na’wiyah bt. Abu
Pn. Norzila bt. Kabri
Pn. Norzela bt. Zulkipli
Pn. Norzela bt. Zulkipli
Pn. Che Hawa bt.Abd. Razak
Pn. Nirwani Yusni bt. Mohd. Yusuf

7.5.2 En. Jemali b. Marsidi mencadangkan supaya cadangan ditutup dan ianya disokong sebulat suara..

7.5.3 Tn. Hj. Mohd Radzi b. Bainan mencadangkan supaya undian yang boleh dibuat adalah sebanyak 5 kali

7.5.4 Butiran undian adalah dicatatkan seperti di bawah:

Calon
Jumlah Undian
En. Md. Musa b. Ahmad
38
En. Aminuddin b. M. Salleh
40
En. Mohammed Nor b. Ihwan
31
En. Mohd. Atrath b. Ali
32
Pn. Na’wiyah bt. Abu
34
Pn. Norzela bt. Zulkipli
40
Pn. Nirwani Yusni bt. Mohd. Yusuf
15

7.5.5 En. Jemali b. Marsidi mencadangkan supaya 2 orang yang mendapat undian paling rendah dilantik sebagai juruaudit PIBG. Cadangan beliau disokong oleh Pn. Norzilah bt. Kabri.

7.5.6 Keputusan jawatan AJK Ibu Bapa PIBG
7.5.6.1 En. Aminuddin b. M. Salleh
7.5.6.2 Pn. Norzela bt. Zulkipli
7.5.6.3 En. Md. Musa b. Ahmad
7.5.6.4 Pn. Na’wiyah bt. Abu.
7.5.6.5 En. Mohd. Atrath b. Ali

7.5.7 Keputusan jawatan Juruaudit PIBG
7.5.7.1 En. Mohammed Nor b. Ihwan
7.5.7.2 Pn. Nirwani Yusni bt. Mohd. Yusuf




7.6 Cadangan bagi Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat dan wakil guru.

7.6.1 Guru Besar membuka cadangan supaya ibu bapa dan guru mencalonkan jawatan-jawatan tersebut.

7.6.2 En. Jemali b. Marsidi mencadangkan supaya kuasa mencalon jawatan tersebut diserahkan kepada Guru Besar dan ianya disokong oleh sebulat suara.

7.6.3 Keputusan bagi jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat:

7.6.3.1 Setiausaha Agung : En. Afindi b. Mohd Salleh
7.6.3.2 Bendahari Kehormat : Pn. Suraya bt. Md. Saad

7.6.4 Keputusan bagi jawatan wakil guru:

7.6.4.1 En. Rosli b. Suib
7.6.4.2 Pn. Norzilah bt, Kabri
7.6.4.3 Pn. Hartini bt. Ishak
7.6.4.4 En. Farizal b. Fuad
7.6.4.5 Pn. Norfizah bt. Ngadan

7.7 Senarai AJK PIBG SKDP sesi 2008/2009

Penasihat :Pn. Hjh. Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris
Yang Di-Pertua :Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b. Zakaria
Naib Yang Di-Pertua :En. Jemali b. Marsidi
Setiausaha :En. Afindi b. Mohd Salleh
Bendahari :Pn. Suraya bt. Md. Saad

AJK Ibu Bapa : En. Aminuddin b. M. Salleh
Pn. Norzela bt. Zulkipli
En. Md. Musa b. Ahmad
Pn. Na’wiyah bt. Abu.
En. Mohd. Atrath b. Ali

AJK Guru : En. Rosli b. Suib
: Pn. Norzilah bt, Kabri
: Pn. Hartini bt. Ishak
: En. Farizal b. Fuad
: Pn. Norfizah bt. Ngadan

Juruaudit : En. Mohammed Nor b. Ihwan (Juruaudit I)
: Pn. Nirwani Yusni bt. Mohd. Yusuf (Juruaudit II)




8. Ucapan Yang Di-Pertua Sesi 2008/2009

8.1 YDP sesi 2008/2009 mengucapkan terima kasih kepada pengerusi sementara dan AJK PIBG sesi 2007/2008 yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Beliau juga memberi penghargaan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada beliau sebagai YDP. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK baru dan amat mengharapkan komitmen yang padu dari semua AJK.

8.2 YDP mencadangkan supaya usul yang dibawa oleh para ibu bapa akan dibawa ke dalam mesyuarat AJK PIBG yang akan datang, dan ianya dipersetujui oleh semua.


9. Ucapan Penasihat

9.1 Penasihat mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi lepas.

9.2 Beliau turut memohon maaf sekiranya beliau ada membuat sebarang kesalahan sepanjang beliau menjalankan tugas.

9.3 Penasihat mengharapkan AJK baru dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi dan mencadangkan pihak PIBG dapat meneruskan dengan susulan terhadap janji Y.B. Suhaimi untuk membaikpulih beberapa prasarana sekolah.


10 Hal-Hal Lain dan Penangguhan


10.1 En. Misron b. Kasimin mencadangkan apa yang diucapkan oleh Y.B. Hj. Suhaimi
perlu dibuat pilihan iaitu dengan memilih cadangan pertama iaitu menerima sebanyak RM 160.000.00 atau cadangan kedua iaitu dengan tambahan sebanyak RM 20.000.00 lagi menjadikan RM 100.000.00 dan

10.1 En. Misron b. Kasmin mencadangkan supaya cadangan iaitu membaik pulih beberapa prasarana dengan peruntukan RM 160.000.00 yang telah dikemukakan oleh Y.B. Suhaimi tersebut dipilih dan ianya disokong oleh semua ahli mesyuarat.

10.2 Mesyuarat Agung PIBG SKDP kali Ke-30 tahun 2008 ditangguhkan pada pukul 12.45 tengahari.




Disediakan oleh:






(AFINDI B. MOHD.SALLEH )
Setiusaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK. Desa Putra,
43000 Kajang. Selangor.


Disemak oleh:






( TN. HJ. Ir. MOHD.HATTA B. ZAKARIA)
Yang Di-Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK. Desa Putra,
43000 Kajang. Selangor.

Disahkan oleh:






( PH. HJH. WAN NOR FADRIAH BT. WAN IDRIS )
Penasihat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK. Desa Putra,
43000 Kajang. Selangor.

No comments: