Friday, July 18, 2008

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
KALI KE-1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA
SESI 2008/2009


TARIKH :1 MAC 2008 (SABTU)
TEMPAT :BILIK MESYUARAT SK DESA PUTRA
MASA :9.00 PAGI


KEHADIRAN:

HADIR MESYUARAT:

1. Pn. Hjh Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris - Penasihat
2. Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b. Zakaria - YDP
3. En. Jemali b. Marsidi – NYDP
4. En. Afindi b. Mohd. Salleh – Setiausaha
5. Pn. Suraya bt. Md. Saad – Bendahari
6. En. Mohd. Atrath b. Ali – AJK Ibu bapa
7. En. Aminuddin b. M. Salleh – AJK Ibu bapa
8. En. Md. Musa b. Ahmad – AJK Ibu bapa
9. Pn. Norzela bt. Zulkufli – AJK Ibu bapa
En. Rosli b. Hj. Suib – AJK Guru
Pn. Hjh. Norzilah bt. Kabri – AJK Guru
Pn. Hartini bt. Ishak – AJK Guru
Pn. Noorfizah bt. Ngadan – AJK Guru

TURUT SAMA HADIR:

Pn. Nirwani Yusmi bt. Mohd. Yusuf – Juru Audit

TIDAK HADIR:

En Farizal b. Fuad – AJK Guru ( Mengikuti Majlis Kenduri Keluarga)
2. Pn. Na’wiyah bt. Abu – AJK Ibu Bapa ( Urusan Kerja)


AGENDA


1. Ucapan Aluan YDP PIBG.

1.1. Yang Dipertua mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli yang hadir membaca al-Fatihah. Beliau turut mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran ahli mesyuarat.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar kerana telah menyediakan tempat yang selesa untuk bermesyuarat. Seterusnya Yang Dipertua meminta diadakan sesi taaruf. Semua AJK.PIBG sesi 2008 memperkenalkan diri masing-masing. Yang diPertua menjelaskan betapa pentingnya peranan PIBG. Ianya merangkumi semua aspek untuk pembangunan modal insan dari kalangan murid-murid termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ( JERI ). Merujuk kepada pencapaian UPSR dan target sekolah dalam peratusan pencapaian pada tahun 2008 beliau berharap dan mendoakan agar dapat dipertingkatkan. Beliau juga 1.1. menyokong 100 % semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Semuanya menjuruskan kepada kebaikan semua pihak.

1.2. YDP menerangkan matlamat atau objektif PIBG adalah untuk membantu pihak sekolah. Beliau meminta semua AJK merujuk kepada peraturan-peraturan PIBG yang telah dilampirkan dan berharap setiap AJK memahami isi kandungan yang terdapat di dalamnya.


2. Ucapan Penasihat.

2.1. Tuan Guru Besar mengalu-alukan kedatangan AJK, beliau berharap semoga kehadiran dapat dikekalkan.

2.2. Tugas yang dijalankan oleh semua AJK di dalam PIBG adalah kerja sukarela. Sehubungan dengan itu beliau berharap semua dapat menjalankan dengan sebaik dan seikhlas mungkin untuk kebaikan semua pihak.

2.3. Beliau juga menjelaskan mengenai perkembangan terbaru mengenai kantin sekolah terpaksa ditutup disebabkan seramai 32 orang pelajar yang terkena keracunan makanan.


2.3.1 Punca yang menyebabkan keracunan adalah disebabkan penggusaha kantin terhidang sambal yang lama.

2.3.2 Pihak Jabatan Kesihatan Sepang meminta kantin supaya dikuarantin selama seminggu atau sehingga diberitahu kelak.

2.3.3 Guru Besar juga telah memaklumkan kepada semua murid-murid mengenai hal tersebut dan meminta semua murid membawa bekal.

2.3.4 Selain daripada itu, pada waktu rehat Badan Kebajikan Guru secara bergilir bertugas menjual makanan.


2.4. Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sehari pada 7 Mac 2008 ( Jumaat ) kerana menyambut persiapan menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan pada hari Sabtu. Cuti tersebut akan diganti pada 29 Mac 2008 ( Sabtu ).

2.4.1 SK. Desa Putra akan dijadikan pusat mengundi dan mempunyai 3 saluran.

2.4.2 Selepas pilihanraya sekolah akan bercuti pertengahan semester pertama selama seminggu bermula 7 – 16 Mac 2008.


2.5. Kelas Tambahan waktu cuti sepatutnya diadakan pada 10 – 12 Mac 2008 ( Isnin sehingga Selasa ) terpaksa ditangguhkan kerana ramai guru yang menduduki peperiksaan PTK. Kelas tersebut akan diadakan juga pada 14 dan 15 Mac 2008 ( Jumaat dan Sabtu ).
Kelas Tambahan Malam berjalan lancar seperti biasa. Kelas tersebut dijalankan pada malam Isnin, Selasa , Rabu dan Khamis. Seramai 52 orang murid yang terlibat dan 8 orang guru yang mengajar. Kelas dibahagikan dua iaitu kelas berprestasi tinggi untuk mendapat 5A dan kelas sokongan untuk membantu melonjakkan peratus sekolah.
1.1.1 Setiap hujung bulan pelajar kelas malam menjalani ujian. Format ujian tersebut berkaitan dengan format UPSR. Pendedahan awal diberikan supaya murid-murid biasa menghadapi kertas-kertas dan format UPSR.


1.1.2 Masalah yang timbul sewaktu kelas malam dijalankan ialah sikap pelajar dari kelas yang kedua Mereka menimbulkan masalah disebabkan tiada minat untuk belajar hanya disebabkan ibu bapa yang berkehendakan mereka datang ke kelas tambahan. Tindakan dan motivasi telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkaitan.

1.2. Guru Besar turut memaklumkan bahawa 18 – 20 Mac 2008 akan diadakan ujian bulanan yang pertama. Semua subjek penting akan diberi ujian kecuali Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Guru Besar meminta PIBG mengeluarkan peruntukan untuk memberi hadiah kepada pelajar yang mendapat no. 1, 2, dan 3 serta murid yang mendapat peningkatan dalam ujian tersebut.

1.3. Dalam masa yang terdekat pihak sekolah juga akan menjalankan Kem Bestari Solat.

1.4. Guru Besar juga memaklumkan kepada AJK bahawa beliau telah didatangi Pegawai dan Pejabat Daerah Sepang dan berbincangkan mengenai peruntukan untuk menaikkan taraf kantin. Bebarapa tambahan diberikan seperti berlantaikan tail, beberapa tambahan kipas, binaan tempat kerja pekerja kantin dan diadakan sinki untuk kemudahan murid.

1.5. Selain daripada itu sekolah telah mendapat kelas tambahan berbentuk kontena yang akan dibina bersebelahan bangunan 3 tingkat. Peruntukkan telah ada tetapi pihak kontraktor meminta peruntukkan tambahan sebanyak RM 20.000.00 untuk membuat tapak supaya lebih kukuh. Perbincangan telah dibuat bersama Pegawai Pendidikan Daerah.

1.6. Mengenai janji Y. B. Hj. Suhaimi b. Hj. Mohd. Ghazali yang berjanji untuk memberikan peruntukkan khas sebanyak RM 160,000.00 ( seratus enam puluh ribu ringgit ) perlu dibuat susulan oleh PIBG. Beliau juga memaklumkan bahawa Setiusaha YB iaitu En. Mad Zin b. Bahaman telah memaklumkan bahawa peruntukkan tersebut telah dibawa kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

1.7. Guru Besar juga mencadangkan supaya PIBG membuat gotong royong untuk menyimen di kawasan hadapan kantin supaya nampak lebih ceria.

1.8. Pada 17 – 20 November 2008 Badan Kebajikan Guru akan menganjurkan lawatan ke Medan. Beliau juga menjemput AJK untuk turut serta.

1.8.1 Pada tahun lepas Badan Kebajikan Guru membuat aktiviti di Eco Resort, Pahang selama 2 hari 1 malam.

1.8.2 Pada tahun depan insyaAllah kalau berjaya program ke Medan ada yang mencadangkan lawatan ke Beijing, China.


1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat AJK kali ke 6- 2007


1.1. Encik Jemali Marsidi mencadang mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh Encik Rosli b. Suib.


2. Perkara Berbangkit.

4.1 Tiada perkara berbangkit yang dikemukakan.


3. Laporan Kewangan

5.1 Bendahari Kehormat membentangkan Kewangan Tahun 2008.

3.1.1 Kewangan PIBG setakat 20 Februari 2008
Tunai : RM 865.13
Bank : RM 7817.99
Jumlah : RM 8683.12

3.1.2 Akaun Tahun 6 setakat 1 Mac 2008-03-25
Tunai : RM 300.00
Bank : RM 4362.00
Jumlah : RM 4662.00


5.2 Bendahari memohon kepada AJK supaya akaun PIBG diasingkan dengan akaun Tahun 6. dan meminta pembantu untuk menolong beliau kerana beliau tidak berpengalaman dalam urusan kewangan.

5.2 Guru Besar meminta persetujuan AJK untuk melantik Penolong Bendahari di kalangan ibu bapa.

5.3 Yang DiPertua meminta dengan syarat ianya perlu dibentangkan masa mesyuarat kedua-dua akaun tersebut.

5.4 En. Jemali b. Marsidi mencadangkan supaya diujudkan akaun persendirian supaya dijadikan pemegang amanah dan memberi keterangan untuk ibu bapa mengenai akaun Tahun 6 tersebut. Guru Besar pula mencadangkan diujudkan akaun baru di atas nama Tahun 6.

5.5 Yang DiPertua meminta supaya akaun tersebut diasingkan supaya mudah dipantau. Ianya bergantung kepada Bendahari untuk mengasingkan akaun tersebut.Selain daripada itu akaun Tahun 6 tidak diaudit.

5.6 Guru Besar memohon jasa baik dan mencadangkan Pn. Norfizah bt. Ngadan selaku Naib Bendahari untuk membantu Pn. Suraya bt. Saad menjaga akaun Tahun 6. Cadangan beliau diterima oleh AJK.
Keputusan akaun PIBG diasingkan mendapat persetujuan AJK.dan pemantauan akan dibuat. Wang ditangan yang dibenarkan dipegang oleh Bendahari ialah sebanyak RM 250.00 dan Naib Bendahari sebanyak RM 500.00. Wang akaun Tahun 6 boleh digunakan apabila sesuatu aktiviti yang dirancangkan dan boleh ditandatangani oleh Setiausaha dan Bendahari. Manakala wang dari akaun PIBG perlu ditandatangani oleh Yang DiPertua, Setiausaha dan Bendahari.
5.2 En. Jemali b. Marsidi mencadangkan supaya AJK merancang aktiviti secara keseluruhan sepanjang tahun supaya senang untuk dibuat anggaran perbelanjaan. Setelah adanya perancangan tersebut maka PIBG boleh dikatakan sudah meyediakan perancangan tahunannya. Guru Besar meminta Setiausaha dan Bendahari dan AJK di kalangan guru berjumpa dengan GPK 1, GPK KoKu dan GPK HEM untuk membincangkan perkara tersebut. Antaranya seperti menyiapkan anggaran peruntukkan Hari Anugerah Cemerlang, Sumbangan Hari Raya, Sukan Tahunan dan Hari Guru. Semua AJK sebulat suara bersetuju.

5.3 Setiausaha selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling memohon sumbangan kos Program Jati Diri Pengawas ( Penceramah dari Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung )sebanyak RM 447.00 diluluskan. AJK bersetuju meluluskan permohonan tersebut. PIBG juga bersetuju meluluskan sumbangan sebanyak RM 1895.00 untuk menjalankan program Tahun 6- 2008.


6.0 Penubuhan Biro

6.1 Pengisian dan perlantikan biro-biro supaya dapat menjalankan aktiviti PIBG dengan lancar. Antara biro yang akan ditubuhkan adalah seperti berikut:
6.1.1 Biro Akademik
6.1.2 Biro Sukan dan Permainan
6.1.3 Biro Kebajikan
6.1.4 Biro Kewangan
6.1.5 Biro Kerohanian


6.2 En. Jemali Marsidi menyatakan berdasarkan pengalaman yang lepas, AJK PIBG ramai yang tidak hadir ke mesyuarat disebabkan menjadi bebanan kepada mereka untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang dirancangkan oleh biro masing-masing. Terutama kepada biro yang melibatkan kewangan. Menurut beliau PIBG bukannya persatuan yang beridentitikan kewangan ianya menjadi sesuatu bebanan kepada AJK untuk mencari wang. Timbul seolah-olahnya macam fobia dan ramai AJK tidak dapat menghadirkan diri jika tidak dapat menyelesaikan tugas atau menanggung amanah yang diberi. Oleh itu NYDP En. Jamali Marsidi mencadangkan supaya setiap aktiviti PIBG dijalankan bersama. Semua AJK bersetuju dengan cadangan beliau.

6.3 Selain daripada itu juga NYDP mencadangkan PIBG membuat kat kutipan sumbangan wang bulanan kepada semua ibu bapa. Keputusan belum diputuskan.

7.0 Membincangkan Usul dari Mesyuarat Agong ke – 30.

7.1 En. Rosli menyatakan usul yang perlu diketengahkan untuk dibuat tindakan adalah dari usul ibu bapa yang hadir di dalam mesyuarat agung. Selain daripada itu kebanyakan usul telah dijawab ( Rujuk Buku Program – Mesyuarat Agung PIBG kali ke 30. 2008 ).

7.2 Beberapa usul telah dibincangkan antaranya :-


7.2.1 Bil. 2 : Membina menara Jam dari En. Jemali b. Marsidi.
Guru Besar menjelaskan, jam besar telah disediakan oleh pihak sekolah iaitu di bahagian hadapan tingkat dua. Cadangan dari En. Jamali juga boleh diambil tindakan sekiranya PIBG merasakan keperluan menara jam dan mengeluarkan sedikit wang untuk membiayainya. Belum ada kata putus.
6.1.1 Bil 3 : Memasang lampu jalan di kawasan sekolah. Dari En. Jemali Marsidi. Setiausaha memaklumkan bahawa lampu di kawasan sekolah telah dibaiki oleh TNB dan dapat berfungsi. Mesyuarat juga memutuskan supaya beberapa tambahan lampu perlu diadakan.

6.1.2 Bil. 4 : Tuisyen untuk murid Tahun 5. Dari En. Muhammad Nazeir b. Mahmad Rabi dan Pn. Hanina bt. Md. Raqwan. Guru Besar menjelaskan bahawa kelas tambahan tersebut akan cuba dijalankan pada bulan Jun.


6.1.3 Bil 6 dan 9 : Tahap keselamatan murid dan bonggol jalan. Usul dari En. Jamil b. Bahamai, En. Mohd. Salleh b. Sabit, Pn. Tg. Nila Putri bt. Tengku Ilham dan En. Rahim Ahmad.Cadangan tersebut akan dibuat tindakan oleh PIBG dan cadangan tambahan dari Pn. Hartini supaya diletakkan cermin cembong dilaluan masuk ke sekolah. Selain daripada itu ”crossline atau zebra line” juga dicadangkan supaya dibuat. Tindakan akan dibuat oleh Setiausaha dan AJK.

6.1.4 Bil 8 : Kad laporan murid dan hari pendaftaran dibuat hari Sabtu. Usul dari En. Mohd. Salleh b. Sabit. Keputusan dari perbincangan PIBG diputuskan bahawa pihak sekolah akan cuba pada hari Sabtu dan bergantung kepada kesesuaian. Selain itu juga En. Mohd. Atrath b. Ali meminta supaya bahan seperti Kad Laporan Ujian diberikan kepada murid walaupun ibu bapa tidak hadir. Guru Besar pula menyeru supaya ibu bapa dapat meluangkan masa hadir juga untuk membincangkan masalah anak bersama guru kelas.
6.1.5 Bil. 10 : Mempercantikkan kawasan sekolah. Usul oleh En. Omar b.Harun. Guru Besar menjelaskan bahawa Program anjuran Peringkat Kementerian akan dijalankan seperti tahun-tahun lepas. Sehubungan dengan itu surat makluman akan dikeluarkan kepada ibu bapa.

6.1.6 Bil. 12 : Menubuhkan koperasi sekolah . Usul dari En. Mohamed Nor b. Ihwan . Ajk memaklumkn bahawa ianya tidak bersesuaian dengan sekolah rendah.

6.1.7 Bil 13 : Kelengkapan murid mencukupi seperti lencana sekolah. Usul dari En. Muhammad Kahfi b. Ahmad. Guru Besar menjelaskan bekalan tidak mencukupi dan insyaAllah akan dibuat tindakan.

6.1.8 Bil. 16 : Kedudukan dalam aliran semasa keputusan peperiksaan. Usul oleh En. Md. Musa b. Ahmad. Keputusan mesyuarat akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

6.1.9 Bil. 17 : Sertakan nombor telefon guru kepada ibu bapa. Usul oleh En. Md. Musa b. Ahmad. Hasil mesyuarat menyatakan bahawa nombor telefon guru-guru adalah nombor peribadi dan perlu mendapat keizinan dari guru.
Bil. 18 : Memperbaiki sistem audio. Usul oleh En. Abdul Muti b. Shafain. Mesyuarat telah membuat keputusan untuk mendapat penaja dari Power Station Serdang supaya dapat memberi sumbangan sistem audio untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah juga mengambil berat mengenai hal ini dan selalu berbincang bagaimana cara untuk mengatasinya. Pihak sekolah telah membeli amplifire berharga RM 1000.00. Alatan-alatan audio lain perlu ditambah untuk menghasilkan sistem bunyi yang baik. Selain daripada itu juga YDP mencadangkan PIBG membuat perhubungan dangan syarikat loji
6.1.1 ABBAS di persint 19, Putrajaya iaitu sebuah anak syarikat PERANGSANG untuk mendapatkan sumbangan.


6.1.2 Bil. 20 : Memohon pihak sekolah membantu murid mendapatkan borang ke asrama penuh. Usul oleh Pn. Zuraidah bt. Md. Suki. Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah sentiasa berusaha dan membantu murid-murid mendapatkan borang ke asrama penuh. Selain daripada itu sijil-sijil penglibatan murid dalam bidang kokurikulum juga diperlukan untuk melengkapkan borang tersebut.

6.1.3 Bil. 30 : Ketatkan kawalan keluar masuk di kawasan sekolah. Usul oleh : En. Ruzian b. Abd. Rahman. Perbincangan telah dibuat dari masa kesemasa di antara pegawai syarikat keselamatan (peronda) bersama pihak pentadbir. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah susah untuk mencari pegawai keselamatan yang betul-betul baik dan amanah. Walaubagaimanapun pengawal keselamatan yang ada sekarang boleh menjalankan tugas dengan baik. Pihak sekolah telah mengeluarkan belanja membuat pintu pagar baru mengantikan pintu yang lama kerana rosak dibahagian roda. Pihak sekolah meminta pengawal keselamatan sentiasa meletakkkan minyak di bahagian roda pintu pagar tersebut.

6.1.4 Bil. 31 : Berharap guru lebih kreatif dalam menanam minat pelajar dalam mempelajari B. Inggeris dan B. Arab. Usul oleh Pn. Sabariah bt. Abdullah. Guru Besar memaklumkan bahawa guru SK. Desa Putra kebanyakannya kreatif dan bertanggungjawab. Masa tambahan selama 30 minit telah diperuntukkan untuk mengajar Bahasa Arab. Selain daripada itu pihak pentadbir akan berbincang dengan guru-guru yang berkaitan. YDP juga meminta semua AJK memaklumkan kepada ibu bapa bahawa SK. Desa Putra adalah salah sebuah sekolah yang terbaik dalam daerah Sepang.

6.1.5 Bil. 35 : Murid memakai baju melayu pada hari Jumaat. Usul oleh En. Mahdy Abd. Aziz . Pihak sekolah tidak mahu membebankan ibu bapa untuk menyediakan baju sepertimana yang dicadangkan.

6.1.6 Usul telah dibincangkan sehingga bilangan 37 dan akan disambung semula pada mesyuarat kali ke 2.



8. Penetapan tarikh mesyuarat AJK. PIBG.

8.1 Penetapan tarikh mesyuarat AJK. PIBG telah ditetapkan pada tarikh-tarikh berikut:

8.1.1 01/03/08 ( Sabtu )
8.1.2 03/05/08 ( Sabtu )
8.1.3 05/07/08 ( Sabtu )
8.1.4 06/09/08 ( Sabtu )
8.1.5 01/11/08 ( Sabtu )
9. Hal-Hal Lain

9.1 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau akan meneruskan pengajian beliau di UKM dan pemangkunya semasa beliau tiada di sekolah ialah En. Zulkafli Ibrahim ( GPK. Koku ) Sekiranya Ajk. PIBG ingin berurusan yang berkaitan pentadbiran boleh berhubung dengan En. Zulkafli.

9.2 En. Aminuddin b. M. Salleh bertanyakan kepada pihak sekolah, boleh atau tidak ibu bapa masuk kedalam kelas semasa cikgu mengajar. Tujuannya untuk melihat dan belajar bagaimana cara cikgu mengajar. YDP memaklumkan bahawa negara barat memperaktikkan cara seperti demikian. Guru Besar pula menyatakan bahawa cara seperti itu ibu bapa tidak banyak yang dapat. Topik yang diajar oleh guru sentiasa berubah mengikut kemahiran. Kursus keibubapaan mengenai pedagogi juga boleh dibuat sebagai cara membantu ibu bapa . Guru besar juga memaklumkan bahawa ibu bapa boleh masuk ke kelas melihat guru mengajar. Hal tersebut akan dimaklumkan kepada guru-guru SK. Desa Putra.


9.3 Pn. Suraya meminta setiausaha menyediakan minit Mesyuarat Agung ke 30 untuk penyediaan penukaran tandatangan bank.

9.4 En. Jemali Marsidi mencadangkan pihak sekolah menyediakan satu perancangan tahunan sekolah bersama dengan perancangan PIBG supaya mudah dikeluarkan peruntukkan dari PIBG. Perancangan tersebut dijadikan perancangan tahunan dan digembelingkan bersama di antara PIBG dan sekolah.


9.5 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua Ajk. PIBG dan menyatakan bahawa melalui perbincangan sebegini dapat menghasilkan idea yang baik untuk kebaikan bersama. Beliau juga menyatakan bahawa Ajk. di kalangan guru yang dilantik semuanya komited dengan tugas yang diamanahkan. Seterusnya beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak untuk belajar di SK. Desa Putra.


Penangguhan

10.1 Mesyuarat telah ditangguhkan oleh YDP pada pukul 1.00 tengah hari.







Disediakan oleh,





( AFINDI B. MOHD. SALLEH )
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Desa Putra,
43000 Kajang,
Selangor.

No comments: