Friday, July 18, 2008

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
KALI KE-2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA
SESI 2008/2009


TARIKH : 10 Mei 2008 (SABTU)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK DESA PUTRA
MASA : 9.00 PAGI


KEHADIRAN:

HADIR MESYUARAT:

1. Tn. Hj. Mohd. Hatta b. Zakaria - YDP
2. En. Jemali b. Marsidi – NYDP
3. En. Afindi b. Mohd. Salleh – Setiausaha
4. Pn. Suraya bt. Md. Saad – Bendahari
5. En. Md Rasani b. Hamazah - GPK Kurikulum dan Pentadbiran
6. En Aminuddin b. M. Salleh – AJK Ibu bapa
7. En. Md. Musa b. Ahmad – AJK. Ibu Bapa
8. En. Rosli b. Suib – AJK Guru
9. En. Farizal b. Fuad – AJK. Guru
10. Pn. Hartini bt. Ishak – AJK. Guru



TIDAK HADIR:

Pn. Hjh Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris - Penasihat (berada di UKM)
En. Zolkafli b. Ibrahim – GPK Ko-Kurikulum (Mengelola aktiviti Ko-kurikulum)
En. Mohd. Atrath b. Ali – AJK Ibu bapa Putra (bersebab)
4. Pn. Na’wiyah bt. Abu – AJK Ibu bapa (bersebab)
5. Pn. Norzela bt. Zulkupli – AJK Ibu bapa (bersebab)
6. Pn. Noofizah bt. Ngadan – AJK Guru (peperiksaan UPM)



AGENDA


1. Ucapan Aluan YDP PIBG.

1.1. Yang Dipertua mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli yang hadir membaca al-Fatihah. Beliau turut mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran ahli mesyuarat.

1.2. YDP memaklumkan berkenaaan status jawatan Guru Besar yang kini dipangku oleh En Md. Rasani b Hamazah kerana Pn. Hjh. Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris sedang mengikuti kursus pensiswazahan guru besar selama sebulan.



2. Ucapan Penasihat.

2.1. En Md Rasani bin Hamazah selaku pemangku Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat dan menyampaikan salam dari guru besar kerana tidak dapat hadir.

2.2. Beliau memaklumkan perancangan sekolah dari tarikh 10 Mei 2008.

2.2.1 Unit Peperiksaan Dalaman sedang merangka soalan-soalan Peperiksaan Pertengahan Semester. Peperiksaan tersebut akan dijalankan pada 14, 15, 20 dan 22 Mei 2008. Pada 16 Mei 2008 sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan. Sambutan Hari Guru tersebut diadakan bersama dengan SRA. Desa Putra.
2.2.2 Program Kecemerlangan Pelajar Tahun 6 akan diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia pada 13 – 15 Jun 2008. Program Tasawwur Islam untuk guru-guru dan kakitangan pula akan diadakan pada 27 -29 Jun 2008. Dua program dalam bulan Jun diadakan serentak untuk memastikan tiada pertindihan dengan program yang lain.
2.2.3 Sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang, Pejabat Pelajaran Daerah memohon sumbangan RM 100.00 dari pihak PIBG. Sambutan tersebut akan diadakan pada 12 Jun 2006.Permohonan tersebut diluluskan oleh AJK dan meminta Yang DiPertua PIBG menghadiri program tersebut.
En Md. Rasani menyampaikan rasa penghargaan bagi pihak sekolah kepada pihak guru yang komited dengan pelbagai program yang telah dirancang untuk pencapaian sekolah dan kecemerlangan UPSR 2008. Beliau juga menghargai kerjasama PIBG dengan pihak sekolah.


1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat.



1.1. Pn. Hartini bt. Ishak mencadangkan pengesahan minit mesyuarat kali ke-2 dan En. Jemali b. Marsidi telah menyokong cadangan tersebut.



2. Perkara Berbangkit.

4.1 En. Jemali b. Marsidi bertanyakan mengenai perkara 2.3 Masalah keracunan di kantin sekolah dan perkembangannya sekarang. En. Md. Rasani b. Hamazah menjelaskan bahawa Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah telah membuat pemantauan dan meminta pihak kantin meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Alhamdulillah kantin dapat dibuka semula selepas dikenakan kuarantin dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi. Pihak sekolah juga dari masa ke semasa sentiasa memantau kantin sekolah.
4.2 En. Jemali b. Marsidi bertanyakan mengenai perkara 2.8. Penambahbaikan kantin sekolah dan projek menurap jalan.
4.2.1 En. Rosli Suib menjelaskan bahawa penurapan jalan sebenarnya tidak dibuat di jalan utama sekolah sehingga ke kuaters guru. Sepatutnya tar tersebut dibuat disebelah kantin sekolah, di bahagian hadapan kelas Tahun 5 dan memperbaiki jalan-jalan yang rosak sahaja. Disebabkan peruntukkan yang dikeluarkan adalah untuk menurap jalan maka penurapan tersebut dibuat di atas jalan yang masih sempurna.
4.2.2 Yang DiPertua menjelaskan bahawa penambahbaikkan kantin dan penurapan jalan di bawah seliaan Pembangunan Luar Bandar (PLB).
4.2.3 En. Jemali Marsidi menjelaskan bahawa kontraktor tersebut sepatutnya berbincang dengan Guru Besar. Penurapan tar sepatutnya di kawasan yang menjadi keutamaan.
4.2.4 En. Rosli Suib memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat peruntukkan 8 buah kipas untuk kegunaan bilik guru dari Pejabat Daerah Sepang. Bumbung sekolah yang diterbangkan angin ribut dan berlaku sedikit kerosakkan telah diperbaiki.
4.2.5 En. Md. Rasani b. Hamazah juga menyatakan bahawa 2 buat tapak untuk pembinaan kontena telah siap disimen.
4.2.6 Yang Dipertua memaklumkan apa yang diketahuinya bahawa permohonan untuk pembinaan bangunan sekolah 4 tingkat ada dipohon melalui RMK 10 tetapi tidak dimasukkan dalam keutamaan. Kemungkinan ada kesilapan teknikal atau paper work tidak kukuh. Yang Dipertua juga memaklumkan bahawa bangunan lama tidak mengikut spec JKR.
4.2.7 En. Jemali b. Marsidi mengatakan bahawa bangunan yang ada sudah uzur dan melebihi 45 tahun sepatutnya diganti dengan bangunan baru kerana jumlah peningkatan pelajar makin bertambah dan Yang DiPertua PIBG meminta pihak sekolah membuat proposal baru dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.


4.1 Mengenai perkara 2.6 Setiausaha menjelaskan bahawa kelas malam berjalan seperti biasa. Pelajar-pelajar yang selalu bermain dan tidak menumpukan pelajaran telah diambil tindakan. Sesi kaunseling juga telah dijalankan.
4.1.1 En. Md. Musa Ahmad mencadangkan pelajar-pelajar yang mendapat 5A dalam Peperiksaan Semester 1 diberikan lencana dan sentiasa dipakai. Ianya sebagai satu contoh dan model. Harapan semoga menjadi ikutan pelajar-pelajar yang lain untuk lebih berusaha dan mendapat prestasi yang baik dalam pelajaran.
4.1.2 Cadangan tersebut sebulat suara dipersetujui oleh AJK dan diminta membuat tindakan segera. Lencana hanya diberikan kepada pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Pn. Hartini bt. Ishak bersetuju untuk menguruskan hal tersebut.
4.2 Mengenai kabin sekolah ( bangunan tambahan ) kemungkinan dapat digunakan pada bulan Jun atau Julai 2008. Keluasannya lebih kurang 24’ X 30’ untuk satu kelas. Yang DiPertua meminta keselamatan pelajar diutamakan semasa pembinaan kabin tersebut.
4.3 Perkara 2.10 mengenai Peruntukkan RM 160.000 . 00 ( Seratus enam puluh ribu ringgit ) yang dijanjikan oleh mantan YAB. ADUN Sepang Tn. Hj. Sohaimi Mohd.Ghazali , En Rosli menjelaskan bahawa beliau telah menelefon bekas setiausaha YAB. Dan dimaklumkan bahawa beliau akan berjumpa terus dengan Pegawai Daerah Sepang. Yang DiPertua mencadangkan satu perjumpaan perlu diadakan dengan YAB baru dan lama.
4.3.1 Yang Di Pertua mencadangkan sebelum berjumpa dengan ADUN Sepang YAB. Dato Marsum Paing, kertas kerja mengenai keperluan sekolah iaitu pembinaan kawasan rehat di sebelah kantin dibuat. En. Aminuddin b. M.Salleh bersetuju untuk merangka kertas kerja tersebut.
4.4 Perkara 6.3. En. Jemali Marsidi menyatakan Sumbangan Amal Jariah Bulanan sebagai satu sumbangan ikhlas dari ibu bapa untuk tabung PIBG tidak perlu kelulusan mana-mana pihak. Sumbangan tersebut boleh digunakan untuk aktiviti dan program-program untuk kepentingan pelajar-pelajar.
4.4.1 Yang DiPertua menjelaskan bahawa kad edaran sumbangan tersebut boleh dicetak dan out work boleh dibuat. Perbelanjaan mencetak 1000 keping kad boleh dikeluarkan dari akaun PIBG.



5.0 Laporan Penyata Kewangan PIBG.

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 9 Mei 2008.
5.2 Yang Dipertua bertanyakan mengenai bayaran yuran PIBG , adakah secara keseluruhannya ibu bapa membayarnya atau 50 % sahaja. Barapa peratus lagi yang belum membayarnya.
5.2.1 Yang DiPertua meminta Bendahari menyediakan satu rekod atau data base untuk mengetahui jumlah keahlian PIBG. Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti PIBG juga bergantung kepada jumlah kewangan yang ada.
5.3 En. Jemali mencadangkan Penyata Kewangan disahkan dan disokong oleh Pn. Hjh. Norzilah bt. Kabri.



6.0 Perbincangan Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG ke 30.

6.1 En. Jemali b. Marsidi meminta usul yang telah dijelaskan dan diberi jawapan dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -30 supaya diabaikan dalam perbincangan . Sekiranya penting dan keperluan diutamakan barulah dibincangkan. Ahli mesyuarat bersetuju.
6.2 Usul 41. En. Kamarul Farieezal b. Bahari mencadangkan supaya ditingkatkan pengawasan pintu masuk sekolah. En. Md. Rasani Hamazah menjelaskan bahawa sekolah telah membuat tindakan di mana Pengawal Keselamatan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Sebuah pondok kecil juga dibuat sendiri oleh pengawal keselamatan untuk memudahkan pengawal membuka dan menutup pintu pagar sekolah.
6.3 Usul 46. En. Salim Sulaiman menyatakan bahawa ada guru yang mendenda murid yang tidak mampu membeli buku kerja. Pihak sekolah memberi perhatian serious dalam hal sebegini. Di minta ibu bapa berbincang dengan pihak pentadbir.
6.4 Usul 50. En. Rahim b. Ahmad mencadangkan bahawa mesin menjual minuman disediakan. PIBG merasakan tidak ada keperluan buat masa ini. Pihak kantin masih boleh menguruskannya. Mesin tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi sekiranya dibeli. Sekiranya disewa pula ianya mendapat keuntungan yang kecil sahaja dan belum termasuk bayaran eletrik.PIBG merasakan pelajar-pelajar boleh belajar berbelanja di kantin sekolah.
6.5 Usul 56, 57, 58 dan 59. En. Mohd. Fisal b. Sarji mencadangkan supaya pihak sekolah merangka satu sistem lalu lintas dan membuat bonggol di kawasan sekolah. PIBG sedang mengusahakan bersama Pejabat Daerah Sepang dan akan membawa perkara ini dalam perbincangan bersama pegawai daerah. Ruang menunggu di luar kawasan sekolah sudah disediakan. Manakala pemasangan CCTV belum menjadi keutamaan lagi. Sekolah melatih dan mengajar pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab.
6.6 Usul 61. Pn. Noraida Abd. Aziz mengusulkan supaya dibina bumbung di tapak perhimpunan. Usul sedang dan telah diusahakan dimana mantan YB ADUN Dengkil telah berjanji akan memberi peruntukkan RM 160.000.00.
6.7 Usul 70. En. Md. Suhada b. Kadar mencadangkan supaya diwujudkan ALUMNI bagi SK. Desa Putra. PIBG mencadangkan En. Md. Suhada menjadi perintis dan memulakan cadangan yang baik ini. PIBG meminta setiausaha menyediakan surat tawaran tersebut.



7. Hal-Hal Lain

7.1 En. Jemali Marsidi mencadangkan kepada AJK supaya diadakan buletin PIBG untuk memaklumkan kepada ibu bapa mengenai maklumat-maklumat terkini yang dijalankan oleh pihak PIBG dan sekolah. Maklumat ringkas tetapi padat dan hanya 2 helai sahaja. Beliau juga menawarkan diri untuk menguruskannya dan dibantu oleh En. Farizal b. Fuad.
7.2 Yang DiPertua meminta sumbangan idea seperti menyediakan artikel dari AJK untuk dimuatkan dalam buletin tersebut.

7.1 En. Md. Rasani b. Hamazah menyatakan program yang melibatkan kewangan memerlukan pertambahan dana dan beliau berharap satu perancangan khas diatur oleh PIBG. Selain daripada itu beliau berharap mana-mana pihak dapat menyumbangkan komputer kepada bilik guru untuk kemudahan guru menyediakan bahan pembelajaran untuk pelajar-pelajar.





7. Penangguhan

7.1 Mesyuarat telah ditangguhkan oleh Pengerusi pada pukul 1.40 petang.






Disediakan oleh,



(En. Afindi b. Mohd. Salleh)
Setiausaha PIBG,
SK Desa Putra,

No comments: